KAFA Integrasi

KAFA Integrasi KAFA Integrasi KAFA Integrasi KAFA Integrasi KAFA Integrasi KAFA Integrasi KAFA Integrasi KAFA Integrasi KAFA Integrasi

PENGENALAN

KAFA Integrasi As-Syakirin adalah sekolah yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam, Selangor ( JAIS ) telah memulakan operasinya pada tahun 2001. Sekolah ini menawarkan matapelajaran agama yang menggunakan sukatan pelajaran JAIS dan juga Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ).

Pengambilan pelajar bermula dari Darjah 1 hingga ke Darjah 6.

Pelajar-pelajar Darjah 5 akan menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Kafa ( UPKK ) yang dikelolakan oleh JAKIM dan pelajar Darjah 6 akan menduduki Peperiksaan Sijil Rendah Agama ( PSRA ) yang dikelolakan oleh JAIS.

Kedua-dua peperiksaan ini akan menjadi pra-syarat pengambilan pelajar ke Sekolah Menengah Agama di bawah JAIS.

MATA PELAJARAN

  • Tahap 1
    Merangkumi pelajar-pelajar Darjah 1 hingga Darjah 3 yang mana matapelajarannya ialah subjek-subjek Feqah, Akhlak, Tauhid, Hafazan, Tilawah Al Quran, Asas Jawi dan Bahasa Arab.
  • Tahap 2
    Merangkumi pelajar-pelajar Darjah 4 hingga Darjah 6 mempunyai tambahan 4 lagi subjek yaitu Tajwid, Khat, Sirah dan Imlak.

SYARAT KEMASUKAN

  • Darjah 1 ( 7 tahun ) hingga Darjah 6

WAKTU PERSEKOLAHAN

  • Sesi pagi : 7.30 pagi - 10.40 pagi
  • Sesi petang : 2.30 ptg - 5.45 ptg

PAKEJ PERSEKOLAHAN

  • Pengangkutan ke Sekolah Agama & Sekolah Kebangsaan
  • Kemudahan Taska & Transit
  • Kemudahan Mengaji Iqra / Al-Quran
  • Kemudahan Asrama

PENDAFTARAN UNTUK TAHUN 2015

  • Kemasukkan ke KAFA Integrasi As-Syakirin dibuka sekarang.
  • Klik di sini untuk mendaftar secara online.

Terkini Di As-Syakirin 

Cawangan SRIIT 

Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz As-Syakirin (SRIIT As-Syakirin)

No.7-1, Jalan Seri Putra 1/6, Bandar Seri Putra, Bangi.

Tel : 03 - 8920 0711 | H/P : 019 369 2534

Pelawat Online 

10 pelawat sedang online